BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 1 February 2013

sahabat setia sampai syurga Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

JADIKAN PERSAHABATAN KAMI SEHEBAT PERSAHABATAN MEREKA…AMIN….

Usai sahaja Perang Yarmuk, kemenangan ternyata berada di pihak yang benar..Perang ini telah dipimpin oleh manusia yang hebat iaitu Panglima Khalid al-Walid.

Ramai para syuhada yang gugur. Semestinya mereka sedang bergembira di samping Nabi Muhammad di syurga..

Antara  mereka yang cedera parah ialah Ikramah bin Abu Jahal, Harith bin Hisyam dan Ayas bin Abu Rabiah. Mereka adalah pahlawan yang member kegetaran dan ketakutan di dada musuh-musuh Islam.

Selepas selesai pengebumian para syuhada, Panglima Khalid masuk melawat mereka bertiga.
“bersabarlah kerana Tuhan kasih kepada orang yang sabar” Panglima Khalid menitipkan semangat ke dalam jiwa 3 pejuang tadi.

Tiba-tiba Harith bin Hisyam yang terbaring di sebelah Ikramah berasa haus lalu meminta air. Seorang petugas datang membawa bekas berisi air. Bekas tersebut diserahkan kepada Panglima Khalid al-Walid untuk diberikan kepada Harith bin Hisyam. Belum sempat dia meneguk air itu, Ayas yang terbaring di sebelahnya pula meminta air.

“saya dahaga, tolong berikan saya air” kata Ayas merintih kesakitan.

Panglima Harith terus member isyarat kepada Panglima Khalid supaya memberikan air tersebut kepada Ayas terlebih dahulu. Ketika Panglima Khalid ingin menuangkan air ke dalam mulut Ayas, suara Ikramah pula medengaran merintih meminta air..

Lalu Ayas berkata “berikan air ini kepada Ikaramah”.

Lalu Panglima Khalid bergerak ke Ikramah untuk member air. Belum sempat beliau menuangkan air ke mulut Ikramah, suara Harith bertanya “masih adakah air untuk saya”.

Ikramah mendengar suara Harith lalu meminta Panglima Khalid mendahulukan air tersebut kepada Harith.

Apabila Panglima Khalid bergerak ke Harith, beliau sudah meninggal dunia. Kemudian diikuti oleh Ayas dan selang beberapa minit kemudian Ikramah pula menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Betapa kasih sayang antara mereka serta perpaduan yang tersemai dapat mengeratkan dan memberi kekuatan kepada tentera Islam…

dipetik dari buku "khalid pemburu syahid" karangan Ab Talib Latif...

subhanallah, allahuakbar, astaghfirullah...
ALLAH MAHA BESAR...

dh hmpir stahun blog ni xde post..x gerak2...
lupa pasword sbnrnya...

tetibe pagi ni rasa nk tekan je kt google "blog"...
xsangka bila msuk pasword skali je..
terus dpt...

alhmdulillah...
segala puji dan syukur kepada ALLAH...