siapa xnak bahgia... memang aku nak bhgia.. selalu bhgia.. selamanya bahgia... bhgia blh dbina... dgn jiwa yg tulus dan suci... jiwa yg riang dan terbuka.. jiwa yg mmbangun dan ikhlas.. jiwa yg menyayangi dan mencintai... inilah mencari bahgia
Wednesday, 19 June 2013
Friday, 1 February 2013
sahabat setia sampai syurga
JADIKAN PERSAHABATAN KAMI SEHEBAT PERSAHABATAN MEREKA…AMIN….
Usai sahaja Perang Yarmuk, kemenangan ternyata berada di
pihak yang benar..Perang ini telah dipimpin oleh manusia yang hebat iaitu
Panglima Khalid al-Walid.
Ramai para syuhada yang gugur. Semestinya mereka sedang
bergembira di samping Nabi Muhammad di syurga..
Antara mereka yang
cedera parah ialah Ikramah bin Abu Jahal, Harith bin Hisyam dan Ayas bin Abu
Rabiah. Mereka adalah pahlawan yang member kegetaran dan ketakutan di dada
musuh-musuh Islam.
Selepas selesai pengebumian para syuhada, Panglima Khalid
masuk melawat mereka bertiga.
“bersabarlah kerana Tuhan kasih kepada orang yang sabar”
Panglima Khalid menitipkan semangat ke dalam jiwa 3 pejuang tadi.
Tiba-tiba Harith bin Hisyam yang terbaring di sebelah
Ikramah berasa haus lalu meminta air. Seorang petugas datang membawa bekas
berisi air. Bekas tersebut diserahkan kepada Panglima Khalid al-Walid untuk
diberikan kepada Harith bin Hisyam. Belum sempat dia meneguk air itu, Ayas yang
terbaring di sebelahnya pula meminta air.
“saya dahaga, tolong berikan saya air” kata Ayas merintih
kesakitan.
Panglima Harith terus member isyarat kepada Panglima Khalid
supaya memberikan air tersebut kepada Ayas terlebih dahulu. Ketika Panglima
Khalid ingin menuangkan air ke dalam mulut Ayas, suara Ikramah pula medengaran
merintih meminta air..
Lalu Ayas berkata “berikan air ini kepada Ikaramah”.
Lalu Panglima Khalid bergerak ke Ikramah untuk member air.
Belum sempat beliau menuangkan air ke mulut Ikramah, suara Harith bertanya
“masih adakah air untuk saya”.
Ikramah mendengar suara Harith lalu meminta Panglima Khalid
mendahulukan air tersebut kepada Harith.
Apabila Panglima Khalid bergerak ke Harith, beliau sudah
meninggal dunia. Kemudian diikuti oleh Ayas dan selang beberapa minit kemudian
Ikramah pula menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Betapa kasih sayang antara mereka serta perpaduan yang
tersemai dapat mengeratkan dan memberi kekuatan kepada tentera Islam…
dipetik dari buku "khalid pemburu syahid" karangan Ab Talib Latif...
Posted by safiyahalqastani at 14:42 0 comments
subhanallah, allahuakbar, astaghfirullah...
ALLAH MAHA BESAR...
dh hmpir stahun blog ni xde post..x gerak2...
lupa pasword sbnrnya...
tetibe pagi ni rasa nk tekan je kt google "blog"...
xsangka bila msuk pasword skali je..
terus dpt...
alhmdulillah...
segala puji dan syukur kepada ALLAH...
Posted by safiyahalqastani at 14:39 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)