BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 15 August 2011

Benda baik harus cepat2




Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t. kerana ana masih diberi ruang untuk menjalani takdir2 hidupku...

sejak akhir2 ini ana dikejutkan dengan satu berita..kakak angkatku nk kahwin..alhamdulillah berita yang ana tunggu2...tapi yang terkejutnya dengan senior ana...semalam kad kahwin dah selamat sampai di tangan ana...

semalam ana mendapat berita dari abang angkat ana yang beliau pun bakal melangsungkan perkahwinan namun tarikhnya masih menjadi rahsia....aduh...semua dah nak kahwin ni..
ku sangat gembira dengan berita dari kakak dan abangku ini...seronok sangat2 ase..

perkara kahwin ni memang kena cepat2...kan ada 3 perkara yang harus dipercepatkan..."solat bila masuk waktunya, jenazah yang ingin dikebumikan dan anak gadis yang sampai umurnya"...
perkahwinan ini tercipta untuk menjalin satu hubungan yang sah antara seorang lelaki dan seorang perempuan..jika dirujuk kisah cinta pertama dalam islam iaitu kisah cinta antara Nabi Adam dan Hawa, apabila Adam ingin mendekati Hawa, tiba2 terdengar satu suara yang mengatakan " wahai Adam, tahan pergaulanmu dengan Hawa dan ia akan dihalalkan dengan mahar dan nikah"..

maka seluruh penghuni syurga bersiap2 lah untuk menghadapi perkahwinan bersejarah dalam islam ini..khutbahnya dibacakan sendiri oleh Allah s.w.t., dan mas kahwinnya ialah selawat sepuluh kali keatas Nabi Muhammad s.a.w....

begitu indah perkahwinan Nabi Adam a.s, begitu gemerlapannya pernikahan Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah, begitu begitu juga perkahwinan Nabi Musa a.s. bersama Safirah, begitu agungnya kasih Zulaikha bersama Nabi Yusuf a.s., begitu indahnya kasih antara Nabi.Sulaimam a.s. dan Siti balqis....semua pemeteraian kasih ini terjadi pada hari Jumaat...

ku mengkagumi kerendahan hati Fatimah r.a. iaitu puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. yang digelar sebagai "ibu ayah". sebagaimana di saat Rasulullah s.a.w. khuatir akan puteri kesayangannya yang bersusah payah menjaganya, malaikat Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail membawa bakul dan setiap malaikat tadi diiringi seribu malaikat.

Jibrail menjawab "Allah s.w.t. berkata "sesungguhnya Aku telah mengahwinkan Fatimah dengan Ali bin Abu Talib dan ini adalah pakaian syurgawi dan buah-buahannya, sesungguhnya Aku telah mengahwinkan Maharatu seluruh wanita dengan Ali bin Abu Talib".

Saidina Ali diminta membacanya khutbahnya sendiri dan mahar yang diberikan kepada Fatimah r.a. ialah dirham.. lantas Fatimah r.a. memohon kepada Rasulullah s.a.w. agar mas kahwinnya berupa syafaat bagi orang yang maksiat di antara umatmu.

lalu Jibrail mambawa secarik kain sutera yang bertulis "allah menjadikan mas kahwin Siti Fatimah AzZahraa berupa syafaat, bagi orang yang berdosa di antara umat Nabi Muhammas s.a.w."

Fatimah r.a. berwasiat agar apabila beliau meninggal, carikan sutera tersebut dan diletakkan pada kafannya lalu berkata "jika aku dibangkitkan kelak di padang masyar, maka aku akan mengangkat carikan sutera ini dan akan memberi syafaat bagi uamat ayahku".

Nabi Muhammad s.a.w. pernah menolak pinangan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar ke atas puteri kesayangannya kerana baginda tidak mahu puteri kesayangnnya itu hidup bermadu...



teringat ana akan satu kisah yag pernah ana baca tentang permohonan Nabi Muhammad s.a.w. kepada Allah s.w.t. Baginda memohon supaya di akhirat nanti ketika umatnya dihisab amalan, penghisaban itu tidak dilakukan di hadapan orang lain kecuali Baginda. lalu Allah s.w.t. berkata "wahai Muhammad, jika diikutkan, aku tidak mahu engkau melihat aku menghisab umatmu kerana aku tidak mahu melihat kamu menangis"..

apabila Nabi Muhammad s.a.w. menitiskan air mata di saat baginda ditugaskan untuk berniaga ke Syaam, seluruh penduduk langit digoncangkan dengan tangisan malaikat yang mengiringi tangisan Nabi Muhammad s.a.w...beruntunglah seseorang itu yang menangis kerana terkenangkan susah payah Nabi Muhammad s.a.w...

sesungguhnya umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah umat yang sangat bertuah jika dibandingkan dengan kaum terdahulu.. apabila lahirnya baginda, maka Allah s.w.t. telah menutup semua pintu azab dan membuka seluas-luasnya pintu rahmat...sebab itulah kita sekarang ini tidak ada yang ditimpa azab sebagaimana kaum samud, kaum add, kaum Hud, kaum Soleh dan lain2...

begitu istimewanya Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi kekasih Allah s.w.t. sehinggakan ketika beliau dibawa berjumpa oleh Allah s.w.t. beliau dilarang menanggalkan sepatu..baginda berkata "Nabi Musa a.a. ketika bertemuMu menanggalkan sepatunya, lalu Allah s.w.t. berkata : "sesungguhnya Engkau adalah kekasihKU"...

jika ana ingin ceritakan semuanya, tidak terhitung kisah para Nabi dan sahabat yang terdahulu..namun semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapatlah kita semua menambah ilmu..

daripada Allah s.w.t. ilmu ini dan datang dan kusebarkan sedikit sebanyak.....